Gunakan SharePlay untuk menonton, mendengar dan bermain bersama-sama dalam FaceTime pada iPhone
Dengan SharePlay dalam app FaceTime, anda boleh menstrim rancangan TV, filem dan muzik selaras dengan rakan dan keluarga semasa dalam panggilan FaceTime. Anda juga boleh bermain permainan berbilang pemain dalam Game Center bersama rakan semasa panggilan FaceTime dan menonton acara sukan langsung bersama-sama.
Nota: Anda boleh memulakan SharePlay secara serta-merta dengan memegang dua iPhone bersama. Lihat Mulakan sesi SharePlay dengan memegang dua peranti iPhone rapat bersama.
SharePlay juga boleh digunakan dalam app lain semasa panggilan FaceTime. Untuk melihat app yang disokong, ketik
, ketik SharePlay, kemudian skrol menerusi app.
Nota: Apple TV (sebelum ini Apple TV+, yang di sesetengah negara dan rantau menyertakan Friday Night Baseball, Sunday Night Soccer, atau kedua-duanya), MLS Season Pass (yang menyertakan Sunday Night Soccer), saluran Apple TV dan sesetengah app yang menyokong SharePlay memerlukan langganan. Untuk menonton filem, rancangan TV atau acara sukan langsung bersama, setiap peserta perlu mempunyai akses ke kandungan pada peranti mereka sendiri, melalui langganan atau pembelian, pada peranti yang memenuhi keperluan sistem minimum. SharePlay mungkin tidak menyokong perkongsian sesetengah filem, rancangan TV atau acara sukan langsung merentas negara atau rantau berbeza. FaceTime, FaceTime Kumpulan, sesetengah ciri FaceTime dan perkhidmatan Apple lain mungkin tidak tersedia di semua negara atau rantau.
Tonton video bersama-sama semasa panggilan FaceTime
Anda boleh menonton filem dan rancangan TV semasa panggilan FaceTime selaras dengan rakan dan keluarga anda. Anda juga boleh menonton acara sukan langsung yang disokong.
Mulakan panggilan FaceTime atau panggilan FaceTime Kumpulan.
Ketik
, ketik SharePlay, kemudian ketik app di bawah Dengar dan Main Bersama (sebagai contoh, app Apple TV).Secara alternatif, anda boleh pergi ke Skrin Utama, kemudian buka app penstriman video yang menyokong SharePlay.
Pilih rancangan, filem atau acara sukan langsung yang anda mahu tonton.
Ketik butang Main, kemudian pilih SharePlay (jika ia kelihatan) untuk mula menonton dengan semua orang pada panggilan. (Orang lain pada panggilan mungkin perlu mengetik Sertai SharePlay untuk melihat video.)
Untuk semua orang pada panggilan yang mempunyai akses pada kandungan, video mula memainkan pada masa yang sama. Orang yang tidak mempunyai akses diminta untuk mendapatkan akses (menerusi langganan, transaksi atau percubaan percuma, jika tersedia).
Setiap orang yang menonton kandungan boleh menggunakan kawalan main balik untuk memainkan, menjeda, putar balik atau maju pantas. (Seting seperti kapsyen tertutup dan kelantangan dikawal secara berasingan oleh setiap orang.)
Anda boleh menggunakan Gambar dalam Gambar untuk terus menonton video sementara menggunakan app lain—memesan makanan, menyemak e-mel anda atau pergi ke app Mesej untuk membincangkan video menggunakan teks apabila anda tidak mahu gangguan daripada bunyi filem atau rancangan TV.
Jemput rakan untuk menonton video bersama daripada app disokong semasa panggilan FaceTime
Pada iPhone yang memenuhi keperluan sistem minimum, anda boleh memulakan panggilan FaceTime dalam app Apple TV (atau app video lain yang disokong) semasa anda melayari atau menonton kandungan video dan berkongsi item selaras dengan orang lain menggunakan SharePlay. Semua orang pada panggilan perlu mempunyai jenis akses yang sama ke kandungan pada peranti mereka sendiri, menerusi sama ada langganan atau pembelian.
Dalam app Apple TV
(atau app video lain yang disokong), cari rancangan, filem atau acara sukan langsung yang anda mahu kongsikan.Ketik item untuk melihat butirannya, ketik
, kemudian ketik
.Dalam medan Kepada, masukkan kenalan yang anda mahu berkongsi dengannya, kemudian ketik FaceTime.
Apabila panggilan FaceTime disambungkan, ketik Mula atau Main untuk mula menggunakan SharePlay.
Untuk mula menonton, penerima mengetik Buka.
Nota: Jika kandungan memerlukan langganan, orang yang tidak melanggan boleh melanggan sebelum menonton.
Selepas video mula dimainkan, anda boleh menstrimnya ke Apple TV 4K. Lihat Hantar perkara yang anda tonton dalam SharePlay ke Apple TV 4K.
Hantar perkara yang anda tonton dalam SharePlay ke Apple TV 4K
Jika anda telah pun mula menonton video bersama-sama pada iPhone, anda boleh menghantarnya ke Apple TV 4K untuk menikmatinya pada skrin besar.
Pada iPhone, lakukan salah satu daripada berikut:
Dalam app penstriman, ketik
, kemudian pilih Apple TV sebagai destinasi main balik.Buka Pusat Kawalan, ketik
, kemudian pilih Apple TV sebagai destinasi main balik.
Video bermain dengan selaras pada Apple TV 4K dan anda boleh meneruskan perbualan pada iPhone anda.
Lihat Tonton bersama-sama menggunakan SharePlay dalam Panduan Pengguna Apple TV 4K.
Dengar muzik bersama-sama semasa panggilan FaceTime
Anda boleh berkumpul dan mendengar album atau senarai main kegemaran dengan orang lain pada panggilan FaceTime. Sesiapa pada panggilan yang mempunyai akses pada muzik (contohnya, menerusi langganan, transaksi atau percubaan percuma) pada peranti yang memenuhi keperluan sistem minimum boleh mendengar bersama-sama, melihat perkara seterusnya, menambah lagu pada baris gilir dikongsi dan banyak lagi.
Mulakan panggilan FaceTime atau panggilan FaceTime Kumpulan.
Ketik
, ketik SharePlay, kemudian ketik app penstriman muzik di bawah Dengar dan Main Bersama (contohnya, app Muzik).Secara alternatif, anda boleh pergi ke Skrin Utama, kemudian buka app penstriman muzik yang menyokong SharePlay.
Pilih muzik yang anda mahu dengar, kemudian ketik butang Main untuk memulakan mendengar muzik bersama-sama. (Orang lain pada panggilan mungkin perlu mengetik Sertai SharePlay untuk mendengar muzik.)
Untuk semua orang pada panggilan yang mempunyai akses pada kandungan, muzik mula memainkan pada masa yang sama. Orang yang tidak mempunyai akses diminta untuk mendapatkan akses (menerusi langganan, transaksi atau percubaan percuma, jika tersedia).
Setiap orang boleh menggunakan kawalan muzik untuk menjeda, memutar balik, memaju pantas, menggosok ke bahagian lagu yang berbeza atau pergi ke trek seterusnya. Sesiapa pada panggilan boleh menambah lagu ke baris gilir dikongsi.
Jemput rakan untuk mendengar muzik bersama-sama daripada app disokong semasa panggilan FaceTime
Pada iPhone yang memenuhi keperluan sistem minimum, anda boleh memulakan panggilan FaceTime dalam app Muzik (atau app muzik lain yang disokong) dan menggunakan SharePlay untuk berkongsi muzik selaras dengan orang lain pada panggilan. Setiap orang boleh menggunakan kawalan muzik untuk menjeda, memutar balik, memaju pantas atau menggosok ke bahagian lagu yang berbeza. Sesiapa yang menggunakan SharePlay boleh menambah lagu ke baris gilir dikongsi. Orang yang anda mahu berkongsi dengannya mesti mempunyai akses ke muzik (contohnya menerusi langganan).
Pergi ke app Muzik
(atau app muzik disokong lain), kemudian ketik muzik yang anda mahu kongsi.Ketik
, ketik
kemudian ketik
.Dalam medan Kepada, masukkan kenalan yang anda mahu berkongsi dengannya, kemudian ketik FaceTime.
Apabila panggilan FaceTime disambungkan, ketik Mula.
Untuk mula mendengar, penerima mengetik tajuk lagu di bahagian atas kawalan FaceTime, kemudian mengetik Buka. Muzik mula dimainkan pada masa yang sama untuk semua orang pada panggilan yang mempunyai akses ke kandungan.
Nota: Orang yang tidak mempunyai akses ke kandungan yang anda kongsi diminta untuk mendapatkan akses.
Main permainan dalam Game Center bersama rakan semasa panggilan FaceTime
Anda boleh bermain permainan berbilang pemain yang disokong bersama rakan dalam Game Center pada panggilan FaceTime. Anda mesti menyediakan dan mengurus profil Game Center anda terlebih dahulu dalam app Seting
, menambah rakan, kemudian mencari dan memuat turun permainan berbilang pemain yang disokong untuk Game Center dalam App Store.
Semasa panggilan FaceTime, ketik Mulakan SharePlay, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Lihat Bermain bersama rakan dalam app Apple Games pada iPhone.
SharePlay membolehkan anda berlatih dengan orang lain menggunakan Apple Fitness+. Lihat artikel Sokongan Apple Gunakan SharePlay dengan Apple Fitness+ pada iPhone, iPad atau Apple TV anda.
Anda juga boleh berkongsi skrin anda untuk menunjukkan app, halaman web dan lebih lagi semasa perbualan. Lihat Kongsi skrin anda dalam panggilan FaceTime.